

eStore Koop KVKS ialah platform jualan dalam talian rasmi yang dibangunkan oleh Koperasi Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS).
Tujuan utama eStore ini adalah untuk memudahkan warga kolej mendapatkan barangan keperluan harian tanpa perlu berkunjung secara fizikal ke kedai koperasi. Semua urusan boleh dilakukan secara atas talian dengan lebih cepat dan selesa.
Antara produk yang ditawarkan termasuklah air kotak, roti, biskut, baju koperat, baju sukan, buku nota serta alat tulis yang sering digunakan oleh pelajar dan staf kolej.
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah diakses, selamat dan efisien,
selaras dengan usaha memodenkan sistem perniagaan koperasi KVKS ke arah digitalisasi.
